Gambar

Menu Utama

UTAMA
TESTIMONIAL
TEMPAHAN
HUBUNGI

PENGUMUMAN


Selamat Datang Ke Blog Olive Moments....Pengambilan Dua Sudu Makan Minyak Zaitun Setiap Hari Memberikan Jantung Yang Sihat.. !!..
** Untuk "Pause", sila gerakkan cursor mouse anda pada pengumuman tersebut.

Khasiat dan Keistimewaan Minyak Zaitun


Tahukah anda Minyak Zaitun memberikan banyak kebaikan kepada kita.
Antaranya ialah :
• Merendahkan tahap kolesterol LDL (kolesterol Jahat), merendahkan tahap gula dalam darah dan mengurangkan keperluan insulin bagi pesakit tahap dua diabetes.
• Menghindari penyakit kardiovaskular(jantung) dan arteriosclerosis (Pembuluh darah tersumbat)
• Kandungan antioksidannya mampu mencegah darah beku
• Mengurangkan risiko kanser
• Meningkatkan metabolism dan mencegah kegemukan dengan mempercepatkan pembakaran lemak dan mencegah gula diubah menjadi lemak.
• Mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan dan sumber terbaik bagi lemak mono tidak tepu.
• Penambah zat makanan, membantu penghadaman, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun serta mengurangkan ulser perut
• Membantu pesakit gastrik dan yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
• Sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami eczema/psoriasis. Mampu menyihatkan rambut serta melambatkan proses penuaan.
• Kaya dengan vitamin E yang mampu melindungi sel-sel dari radikal bebas yang berbahaya dan menguatkan sistem imun manusia.
• Melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
• Membantu mengatasi masalah darah tinggi
• Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
• Ramuan asas untuk kecantikan

Minum Minyak Zaitun??? Kenapa???




Pengambilan minyak zaitun akan menambahkan bilangan kolesterol baik (HDL) untuk badan yang menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.

Minyak zaitun meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien dimana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.
Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

Masalah arthritis di kalangan warga emas dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal (salah satu agen antiradang bukan steroid) akan menghalang aktiviti penyebab radang.
Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat diserap dengan lebih baik.
Dari segi kecantikan, kandungan vitamin & flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.
Ia juga digunakan turun-temurun dalam terapi kecantikan di mana sapuan kepada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat bersinar & mengurangkan masalah rambut gugur.

Apakah Minyak Zaitun?

Minyak zaitun adalah minyak yang diperolehi dari buah yang berasal dari pokok zaitun (nama saintifiknya adalah Olea Europaea). Pokok Zaitun ini banyak ditanam di kawasan Mediterania seperti di Timur Tengah (Syria, Palestin, Labenon dan lain-lain), Itali, Sepanyol, Yunani, dan negara lain di sekitarnya.
Minyak zaitun ini bukanlah didapatkan dengan menggunakan proses yang melibatkan bahan-bahan kimia dan ianya juga bukanlah campuran daripada minyak-minyak sayuran yang lain.
Khasiatnya dalam bidang kesihatan sudahpun dikenalpasti sejak zaman dahulu lagi.
Terdapat beberapa jenis minyak zaitun bergantung kepada jenis buah zaitun yang diperolehi. Jenis-jenis minyak ini boleh dibezakan dari segi rasa dan kualiti minyak tersebut.
Sebahagian dari minyak zaitun dihasilkan dengan mencampurkan beberapa jenis buah zaitun, manakala sebahagiannya hanya diperah dari buah-buah zaitun yang sama jenisnya.
Minyak zaitun dikelaskan sebagai “virgin” jika ianya diperolehi dari buah zaitun yang asli tanpa diproses secara sintetik. Ianya dipetik, dibersih dan diperah, tanpa melalui proses yang lain seperti pemanasan yang akan menghilangkan kualiti sebenar minyak zaitun tersebut.
Kualiti minyak zaitun yang paling baik dikenali sebagai “extra virgin”.

Kebiasaannya terdapat 3 jenis minyak zaitun yang dapat ditemui di pasaran iaitu minyak zaitun extra virgin, minyak zaitun virgin dan minyak zaitun sulingan/refined.

Minyak Zaitun Extra Virgin

Minyak Zaitun jenis ini adalah minyak zaitun yang mempunyai kualiti yang paling baik. Ianya merupakan hasil ekstraksi pertama dari buah zaitun. Dari segi kimianya, ianya adalah bebas asid yang juga disebut sebagai “oleic acid” yang mana nilainya adalah tidak lebih daripada 0.8 gram bagi setiap 100 gram. Ianya dihasilkan sepenuhnya menggunakan cara mekanikal tanpa campuran lain-lain solvent/pelarut dan dibawah suhu yang tidak memudaratkan kebaikan minyak ini iaitu kurang dari 86°F, 30°C. Minyak ini tidak bagus untuk menumis atau menggoreng karena kadar minyaknya yang rendah. Minyak zaitun ekstra virgin lebih baik diambil atau digunakan dengan cara diminum atau digunakan sebagai campuran makanan seperti salad atau sayuran yang direbus.

Minyak Zaitun Murni atau “Virgin”

Minyak zaitun jenis ini merupakan hasil dari proses lanjutan minyak zaitun extra virgin. Ianya mempunyai bebas asid yang juga disebut sebagai “oleic acid” yang mana nilainya adalah tidak lebih daripada 2 gram bagi setiap 100 gram. Minyak zaitun jenis ini juga boleh digunakan sebagai campuran masakan dan untuk menumis.

Minyak Zaitun Sulingan atau “refined”

Minyak zaitun sulingan merupakan jenis minyak zaitun yang mengalami proses penyulingan lanjutan lagi. Warnanya kekuningan dan sesuai digunakan untuk menumis. Minyak zaitun jenis ini dapat ditemukan di pasaran dengan harga yang lebih murah dibandingkan dengan kedua-dua jenis minyak zaitun di atas. Ianya mempunyai bebas asid yang juga disebut sebagai “oleic acid” yang mana nilainya adalah tidak lebih daripada 3.3 gram bagi setiap 100 gram.